Jumaat, 30 April 2010

kehidupan hamba ALLAH - 1

saya akan mulakan penceritaan tentang kehidupan saya dari mula saya lahir hingga kehidupan saya yang terkini..
pada tanggal 04/11/1991 saya dilahirkan di sebuah bandar iaitu Kuala Lumpur..
saya merupakan anak pertama bagi pasangan suami isteri..
pada ketika itu..
kami bukan la keluarga yang senang..
jikalau saya tidak salah pada ketika itu..
ibu bapa saya pada ketika itu tidak mampu untuk membeli aset..
mereka hanya mampu menyewa sebuah rumah dan membeli sebiji motor..
bak kata pepatah orang tua "anak itu adalah rezeki"
hasil dari kata2 itu..
mereka telah membeli sebuah kereta dan kami dapat menjadi sebuah keluarga yang berstatus sederhana..
pada ketika itu,walaupun ibu bapa saya tidak mempunyai wang yang banyak..
mereka tetap manjakan saya..
setiap minggu mereka akan membeli saya permainan walaupun mainan itu hanya beli di pasar malam..
alangkah mulia nya pengorbanan ibu bapa ini..
walaupun mereka penat bekerja untuk gaji yang kecil dan untuk membayar sewa,bil2 dan makan minum..
mereka sanggup mengikat perut untuk menunai an permintaan saya..
YA ALLAH,engkau ampunilah dosa kedua ibu bapa aku sebagaimana mereka mengasihani aku ketika kecil lagi..
setakat ini untuk episod 1 saya..
*catatan ini telah saya tulis pada 01/04/2010...
saya lewat untuk memasuki blog ini kerana saya ingin mengumpul maklumat secukup nya terdahulu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan